7 TIPS MENJAGA RAMBUT BAGI SIS YANG BERHIJAB
06:50:00Hijab atau tudung tidak patut dijadikan alasan atau penghalang bagi kita yang berhijab melakukan sebarang aktiviti outdoor atau lasak. Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun selalu buat ramai 'hijab sis' yang rasa rimas dan gatal di kepala sebab kerap berpeluh. Sebab faktor ni, penting untuk kita menjaga kesihatan rambut kita dengan lebih rapi supaya rambut kekal sihat dan bersinar.
Alhamdulillah, hijabsis nak share beberapa tips penting untuk penjagaan rambut bagi semua hijabers yang di luar sana tu dan menghadapi masalah yang sama.
Siapa yang nak tahu? Jum teruskan membaca tips ini:
#1 BASUH MENGGUNAKAN AIR SEJUK
air sejuk dapat memberikan kesegaran yang diperlukan oleh rambut setelah seharian berpeluh. membasuh dengan air sejuk akan memberikan rambut yang tampak segar dan lebih bersinar berbanding menggunakan air panas yang akan beri kesan sebaliknya. Air panas boleh menyebabkan rambut jadi kusam dan tak bermaya.
#2 SYAMPU SEMULAJADI
sentiasa memilih syampu berasaskan bahan semulajadi untuk rambut yang lebih sihat dan segar. terdapat banyak produk yang berasaskan dari bahan semulajadi, hijabers boleh rujuk outlet specialist bagi syampu dan rawtan rambut dan bertanya produk yang terbaik.
#3 PAKAI HIJAB SEWAKTU RAMBUT KERING
Hijabsis yakin tips #3 ni ramai yang langgar sebab nak cepat bersiap. tapi hijabsis nak ingatkan supaya ambil masa untuk biarkan rmabut kering dahulu sebelum mengenakan hijab kerana memakai hijab ketika rambut basah akan menyebabkan kelemumur dan juga rambut bercabang. lap dan biarkan ia kering dengan sendiri.
#4 ELAK MEMAKAI PENGERING RAMBUT
Bila hijabsis sebut pasal biar rambut kering dulu mesti ramai terlintas untuk 'cheat' pakai pengering rambut kan. ini pun adalah NO-NO dalam penjagaan rambut. Sebab pengering rambut akan buat rambut hijabers kering dan kusam serta bercabang. Lebih banyak kerosakan berbanding dengan kebaikan.
#5 BELAI RAMBUT ANDA
Bila di rumah dan tek perlu berhijab pastikan anda semua melayan rambut anda sendiri bak permaisuri. Sikat dan belai rambut anda dan pastikan ia terurus dan tidak bersimpul.
#6 PEMILIHAN MATERIAL HIJAB
Pilih tudung yang tidak panas dan mudah untuk rambut anda bernafas. Yes, rambut pun perlu bernafas supaya ia dapat tumbuh dnegan sihat dan segar. Pilih material yang lembut dan tidak panas sebagai hijab.
#7 RAWATAN RAMBUT
Berikan rawatan rambut secara berkala supaya kebersihan dan kesihatan rambut dapat dijaga dari akar sehingga ke hujung rambut. Urutan ke kulit kepala dapat melancarkan peredaran darah ke rambut bagi memastikan rambut sentiasa sihat.
Hijabsis harap ramai yang dapat manfaat dari perkongsian tips kali ini. Bagi yang ada tips tambahan, apa kata kongsi bersama dan tulis pengalaman atau tips anda di ruangan komen.
0 comments