WAJIB BER-TELEKUNG UNTUK SOLAT?

Telekung adalah satu pakaian yang lazim dikaitkan untuk bersolat. secara tradisi nya telekung putih digunakan ketika solat bagi memenuh...


Telekung adalah satu pakaian yang lazim dikaitkan untuk bersolat. secara tradisi nya telekung putih digunakan ketika solat bagi memenuhi kriteria menutup aurat dengan sempurna bagi mengadap Ilahi semasa menunaikan solat. Malah sekarang macam macam inovasi ada pada telekung terkini di pasaran dengan warna yang cantik dan pelbagai serta sulaman yang menarik sebagai tambah nilai telekung itu sendiri.

tapi betul ke untuk bersolat kita wajib pakai telekung? kalau tak ada telekung kita tak dikira sah sembahyang ke nanti? entri hijabsis kali ni bertujuan untuk share ilmu dengan rakan hijabsis mengenai isu ini dnegan lebih lanjut.

Sebelum hijabsis pergi lebih dalam tentang isu ni, jom kita semak balik apa tujuan telekung dan syarat sah sembahyang. telekung bertujuan untuk menutup aurat dengan SEMPURNA. ingat tu kata kunci 'SEMPURNA'. ramai sekarang yang menutup aurat tapi masih menonjolkan aset/perhiasan tubuh badan. itu dikategorikan sebagai tidak sempurna. Kita kena ingat bahawa aurat wanita adalah

kesemua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja
terdapat dua hadis yang dijadikan pegangan dalam hal solat ini iaitu:
[01] Dari A'isyah radiallahu-anha bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Tidak diterima solat seorang wanita yang telah baligh kecuali dengan memakai kain tudung. (Khimar).[1]
[02] Ummu Salamah radiallahu-anha berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu - alaihi - wasallam: Bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang (Dar'u) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung (Izar) ? Beliau bersabda: Boleh, apabila pakaian panjangnya itu (Dar'u) dapat menutupi kedua telapak kakinya.[2]
Dari dua hadith ini jelaslah bahawa pakaian solat seorang wanita itu ialah sesuatu yang dapat menutup dari kepala sehinggalah ke kakinya. Secara minimum ia terdiri dari dua helai kain iaitu yang pertama adalah tudung kepala dan kedua adalah baju panjang. Selain itu boleh memakai lebih dari dua helai kain asal sahaja ia menutup dari kepala hingga ke kaki. Dua bahagian anggota yang terkecuali ialah muka dan tangan dari pergelangan ke bawah di mana ia tidak perlu ditutup. Ini berdasarkan firman Allah Azza waJalla: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. [Maksud surah an-Nur 24 - 31].

jelas di sini sebenarnya pemakaian yang dianjurkan dalam solat ini adalah sama dengan pemakaian yang boleh menutup aurat hijabers yang sebenar. ringkasnya pemakaian harian hijabers yang sebenar perlu menutup aurat dengan SEMPURNA dan boleh juga diguna terus untuk bersolat dengan syarat ia mestilah BERSIH.

Kalau tengok gambar di atas ni mesti terlintas tentang tangan yang terdedah tu kan. Sebenarnya istilah telapak tangan dipersetujui oleh ahli agama adalah terdiri dari bahagian depan dan belakang. Salah faham tentang telapak tangan selalunya jadi isu dikalangan hijabers tentang bersembahyang menggunakan telekung.

"dimaksudkan dengan tapak tangan ialah bahagian dalam dan luar tangan atau bahagian belakang tangan juga hingga pergelangan tangan. Itu telah disebut oleh kebanyakan ulama’ (Kitab Bulughul Maram)."

walaubagaimanapun menggunakan telekung adalah salah satu jalan yang terbaik bagi emmastikan pakaian solat kita bukan sahaja menutup aurat dengan sempurna bahkan BERSIH dan SUCI.

You Might Also Like

0 comments