TIPS MEMILIH INNER NECK YANG SESUAI DENGAN BENTUK MUKA ANDA

Penggunaan inner neck adalah sangat lazim bagi hijabers pada masa kini. Akan tetapi pemilihan inner neck yang sesuai amat penting bagi ...


Penggunaan inner neck adalah sangat lazim bagi hijabers pada masa kini. Akan tetapi pemilihan inner neck yang sesuai amat penting bagi mengelakkan anda nampak pelik serta janggal dalam menggayakan hijab anda. Paling menyakitkan hati bila pemilihan yang salah akan buat muka anda nampak lebih berisi dari yang sepatutnya.
Oleh sebab itu hijabsis nak share dengan anda semua beberapa tips yang hijabsis dapat kumpul sebagai panduan asas dalam pemilihan inner neck yang sesuai

Jum kita tengok tips yang ada ni:

 

Inner neck melekap

sesuai untuk wajah bujur dan bentuk hati. bagi yang berwajah bulat, anda dinasihatkan untuk elak inner neck jenis ini kerana ia akan membuatkan muka anda nampak lebih bulat.

 

Inner neck awning

mempunyai ciri yang distinktif iaitu muncung yang keras dan tidak melekap di muka si pemakai. inner neck jenis awning ini sesuai dipakai oleh kebanyakan bentuk muka terutamanya yang berbentuk bujur. bagi yang mempunyai bentuk wajah yang lebih bulat, digalakkan untuk mencari awning yang lebih panjang supaya bahagian yang melekap di muka adalah sedikit serta dapat menyembunyikan bentuk bulat wajah anda.

 

Inner neck silang

Ini merupakan satu lagi jenis inner neck yang universal di mana ia sesuai dipakai oleh kebanyakan bentuk wajah. bagi yang berwajah bulat, anda di sarankan untuk memakai inner neck jenis silang ini kerana ia dapat membantu untuk menutupi bentuk wajah bulat anda.

 

inner neck bertingkat

inner neck jenis ini akan memberikan imej eksklusif kepada si pemakai kerana kelainan yang ada pada inner neck ini dengan rekabentuk nya yang bersilang. bagaimanapun dinasihatkan bagi yang mempunyai bentuk kepala yang besar untuk elak inner neck jenis ini kerana ditakuti ia akan memberikan lebih tumpuan kepada bentuk kepala anda

Inner neck dagu
inner neck jenis ini juga sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. pilihan untuk menutup dagu adalah bergantung kepada hijabers sendiri

So, lepas ni boleh lah shopping inner neck yang sesuai dengan bentuk wajah masing-masing. Hijabsis teringin tau inner neck apa pilihan pembaca hijabsis ye? Jum share di ruangan komen

You Might Also Like

0 comments